Trofi Juara-Juara: Malaysia 7 Jepun 2

Oleh Staff Writer 23 Oktober 2016 3
Trofi Juara-Juara: Malaysia 7 Jepun 2

The Speedy Tigers melakar kemenangan besar di Kuantan, Pahang apabila menewaskan Jepun 7-2 dalam Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia 2016, malam ini.

Skuad kendalian Stephen van Huizen membuka tirai jaringan menerusi Aiman Nik Rosemi pada minit ke-23 sebelum Rashid Baharom menambah gol kedua selang empat minit kemudian.

Kemudian,Malaysia menambah dua gol dalam tempoh empat minit menerusi Nabil Fikri (m-33) dan Faizal Saari (m-37).

Meskipun mendahului 4-0, skuad hoki negara tidak memperlahankan rentak, sebaliknya menambah jaringan kelima pada minit ke-44 menerusi Firhan Ashari.

Selepas membuat pelbagai sumbangan dan hantaran berbahaya, perancang tengah, Fitri Saari, akhirnya berjaya menyumbang gol keenam pada minit ke-58.

Gol ketujuh skuad negara tiba pada minit ke-59 menerusi pukulan penalti stroke yang disempurnakan oleh Faizal Saari.

Jepun sempat meraih dua gol di hujung perlawanan menerusi Kenji Kitazato (m-59) dan Kenta Tanaka (m-60).

Kemenangan tersebut meletakkan skuad hoki negara di landasan tepat untuk melangkah ke separuh akhir selaku pendahulu kumpulan,

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen