TNB Thunderbolt sedia gegar LHM 2021

Oleh Ammar Hakim 5 Januari 2021 104
TNB Thunderbolt sedia gegar LHM 2021
Menjelang saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) 2021 yang bakal bermula 14 Januari ini, pasukan TNB Thunderbolt tampak sedia menggegar Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Kapten pasukan, Mohd Najib Abu Hassan, optimis dia dan TNB Thunderbolt mampu merangkul kejuaraan tahun ini dengan adunan pemain berpengalaman dan remaja.

"Pemain-pemain TNB Thunderbolt telah mendapatkan keserasian dan saya sebagai pemain berpengalaman perlu mengikut cara permainan pasukan," kata Najib.

Kejohanan LHM edisi 2021 bakal dijalankan secara berpusat di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil dan dilangsungkan tanpa kehadiran penonton.

Kejohanan yang akan membuka tirai 14 Januari hingga 20 Februari ini menjadi perlawanan sulung dianjurkan mengikut kalendar kejohanan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) bagi musim 2021.

Kategori lelaki bakal menampilkan Sabah selaku muka baharu selain tujuh pasukan musim lalu.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen