Ketua jurulatih hoki negara, Arul Selvaraj, tidak berancang untuk memanggil pemain baru dalam kem latihan kebangsaan bermula Rabu depan berdasarkan kualiti Liga Hoki Malaysia (LHM) yang tamat minggu lalu.

Apa yang pasti, The Malaysian Hockey Tigers, kesuntukan masa untuk bersiap-sedia menghadapi tugasan pertama 2021 menentang Great Britain dan Jepun, minggu depan.

"14 April merupakan tarikh terbaik untuk memanggil semula kem latihan selepas mereka baru sahaja menamatkan saingan LHM yang padat dan tarikh itu merupakan sehari selepas atlet beragama Islam memulakan ibadat berpuasa di bulan Ramadhan jadi saya memberikan mereka masa untuk meluangkan hari pertama seisi keluarga," kata Arul.

"Muka baru mungkin diperkenalkan dalam skuad remaja dan saya akan berbincang mengenai perkara ini kerana terdapat kejohanan penting bakal dihadapi mereka."

Mengenai aksi persahabatan, Arul berkata, "Mereka mungkin akan menjalani perlawanan pada bulan Jun dan setelah lama tidak beraksi di peringkat antarabangsa, saya berasakan ia amat penting bagi memastikan setiap perancangan dapat diuji."