Selepas digugurkan daripada skuad The Malaysian Hockey Tigers Februari lalu, bekas kapten negara, Sukri Mutalib, bertekad mahu membuat kemunculan semula dalam tempoh yang terdekat.

Sukri yang masih belum berancang untuk bersara, dia berharap diberikan kesempatan untuk kembali menyarungi jersi kebangsaan.

Bagaimanapun, pemain yang memiliki 335 penampilan di peringkat antarabangsa itu menjelaskan semua keputusan bergantung kepada ketua jurulatih yang baru dilantik, Arul Selvaraj.

"Ia merupakan impian menyarung jersi skuad kebangsaan. Saya memang berniat untuk kembali dalam skuad Malaysia namun ia bergantung kepada keputusan jurulatih," kata Sukri.