Pengenalan Kejohanan liga hoki dalam dewan Malaysia yang pertama dalam misi membentuk pasukan ampuh sempena beraksi dalam Sukan SEA, sekiranya permohonan bagi sukan itu dianjurkan di Hanoi, Vietnam pada tahun depan 2021 diluluskan.

Untuk jangka masa panjang, ia sebagai langkah awal buat Malaysia melayakkan diri ke Piala Dunia menerusi sekurang-kurangnya tempat kedua dalam Piala Asia tahun depan.

Menurut Timbalan Pengerusi Ahli Jawatankuasa Hoki Dalam Dewan, Rodhanizam Mat Radzi, ia adalah initiatif badan induk itu dalam merekrut pasukan negara selepas meraih pencapaian memberansangkan dalam Sukan SEA Filipina, hujung tahun lalu.

Fokus utamanya adalah bagi mengumpulkan bakat melalui penganjuran liga di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), bermula Oktober sehingga Disember depan, tanpa melibatkan pemain hoki kebangsaan.





"Itu antara perancangan kami untuk memiliki skuad hoki dalam dewan.

"Liga ini adalah pelantar untuk pemain dan jurulatih sebagai (proses) pemilihan bagi membentuk skuad lelaki dan wanita ," katanya ketika ditemui wakil Nadi Arena, Haliza Hamzah, di Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Bukit Jalil.

Untuk rekod, skuad lelaki dan wanita negara gagal melayakkan diri ke Piala Dunia selepas Kazakhstan meleburkan impian Malaysia dalam aksi separuh akhir di Chonburi, Thailand, tahun lalu.

"Kalau ia dipertandingkan di Vietnam, sudah tentu kami mahu mempertahankan pingat menerusi skuad lelaki dan wanita."