Skuad Projek 2020 harungi aksi pendedahan berkualiti

Oleh Shaiful Shamsudin 8 November 2016 31
 Skuad Projek 2020 harungi aksi pendedahan berkualiti
Perancangan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) untuk menganjurkan Kejohanan Jemputan Antarabangsa Bawah 21 Tahun mendapat reaksi positif. 

Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal, akan mencadangkan perkara itu kepada lembaga eksekutif dalam masa terdekat dan Skuad Projek 2020 yang dikendalikan oleh Nor Saiful Zaini akan diamanahkan untuk menggalas tugas negara tahun depan. 

Skuad Projek 2020 diwujudkan untuk menghadapi Piala Dunia Remaja 2020. 

"Ini bermakna lebih banyak kejohanan berbentuk pendedahan untuk pasukan kebangsaan, terutamanya pasukan bawah 21 tahun.

"Bagi saya, ini adalah satu langkah yang boleh mempertingkatkan prestasi dan memberikan pengalaman kepada pemain-pemain, terutamanya apabila berjumpa pasukan-pasukan teratas dunia," kata bekas ketua pasukan negara, Datuk Mirnawan Nawawi. 

Nor Saiful pula menyambut baik perancangan ke atas skuadnya dengan berkata, "Kami akan memulakan program secara lebih serius untuk ke arah misi Piala Dunia Remaja 2020. 

"Sepanjang persiapan itu, KHM akan mengaturkan kami untuk menyertai kejohanan-kejohanan yang ditetapkan."

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen