Skuad Piala Dunia 2018 lebih mantap -- Iman Gobinathan

Oleh Penulis Jemputan 26 November 2018 557
Skuad Piala Dunia 2018 lebih mantap -- Iman Gobinathan
Bekas pertahanan hoki negara, Iman Gobinathan Abdullah, menyifatkan skuad Piala Dunia 2018 lebih mantap berbanding empat tahun lalu kerana dibarisi 11 pemain yang memiliki pengalaman beraksi di pentas tertinggi itu.

Skuad Piala Dunia 2018 yang diketuai Sukri Mutalib sepatutnya mampu mencapai sasaran 10 terbaik seperti yang ditetapkan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).

Ini kerana seramai 11 pemain pernah merasai pengalaman beraksi dalam Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda.

Mereka juga melalui persiapan rapi sepanjang tahun ini.

Kehadiran pemain muda seperti Syed Mohd Syafiq Syed Cholan (pertahanan), Mohd Syafiq Sumantri (penyerang) dan Nik Mohd Aiman Nik Rozemi (tengah) mampu menjadi senjata untuk melepasi Kumpulan D.

"Edisi 2014 menyaksikan skuad hoki negara menamatkan kemarau selama 12 tahun untuk beraksi dalam Piala Dunia.

"Hanya seorang pemain (Roslan Jamaluddin) mempunyai pengalaman beraksi dalam Piala Dunia ketika itu.

"Namun, mereka kali ini mempunyai 11 pemain yang pernah bermain di peringkat itu dan sudah pasti ia sebuah pasukan yang lebih baik," katanya.

Iman pernah menyertai Piala Dunia 2002 apabila Malaysia meraih tangga kelapan.

Pencapaian terbaik Malaysia ialah tangga keempat Piala Dunia 1975 di Kuala Lumpur.

The Malaysian Hockey Tigers diundi dalam kumpulan maut bersama Belanda, Pakistan dan Jerman untuk kempen di Bhubaneswar, India kali ini.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen