Skuad pembangunan hoki negara positif pencapaian di Piala Dunia Remaja

Oleh Shaiful Shamsudin 17 Disember 2016 11
Skuad pembangunan hoki negara positif pencapaian di Piala Dunia Remaja
Penjaga gol skuad pembangunan hoki negara, Muhammad Zaimi Mat Deris, muncul wira ketika Malaysia menewaskan Austria 2-1 menerusi penentuan pukulan penalti untuk meraih tangga ke-11 Piala Dunia Remaja 2016 selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam tempoh 70 minit perlawanan, malam ini. 

Zaimi muncul penyelamat apabila menafikan empat gerakan lawan untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Malaysia. 

"Saya sangat berpuas hati dan gembira kerana kami meraih kedudukan ke-11. 

"Sebagai penjaga gol, saya akan cuba sedaya upaya untuk mempertahankan gol. 

"Kami akan berusaha lagi dalam kejohanan-kejohanan akan datang," kata Zaimi. 

Pengendali negara, Wallace Tan, menganggap pencapaian skuad negara pada edisi kali ini adalah positif biarpun berdepan rintangan awal. 

"Memandangkan kami berdepan dengan kesuntukan masa untuk mempersiapkan pasukan, saya anggap kejayaan menduduki tangga ke-16 ini sangat penting."

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen