Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) menawarkan slot buat skuad hoki remaja negara bertanding dalam Piala Dunia Remaja 2016 di Lucknow, India, yang akan membuka tirai dari 8 hingga 18 Disember ini bagi menggantikan Pakistan yang menarik.

Ketiadaan Pakistan dalam kempen Piala Dunia Remaja membuka ruang buat Malaysia untuk beraksi dalam saingan Kumpulan B bersama Belanda, Belgium dan Mesir.

Namun, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) masih belum membuat sebarang keputusan sama ada mahu membenarkan skuad remaja negara bertanding di India ataupun tidak.

Penolong jurulatih skuad pembangunan, Mohd Amin Rahim, minggu lalu sudah pun meluahkan kesediaan untuk menyahut cabaran dalam mempersiapkan pasukan andai diberi tiket percuma bertanding dalam Piala Dunia Remaja nanti.