Skuad hoki harap ke Program Podium

Oleh Penulis Jemputan 9 November 2017 210
Skuad hoki harap ke Program Podium
Kapten skuad hoki lelaki negara, Sukri Mutalib, mengharapkan pasukan itu mendapat perhatian Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk disenaraikan dalam Program Podium.

Beberapa persatuan sukan ketika ini sedang mencuba nasib untuk disenaraikan ke dalam program tersebut, termasuk Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).

Usaha itu dilakukan susulan pencapaian skuad hoki lelaki kebangsaan yang cukup membanggakan apabila melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 dan menduduki tempat kedua dalam saingan Piala Asia yang berlangsung di Dhaka, Bangladesh, bulan lalu.

"Secara jujurnya, memang saya menyimpan harapan besar untuk diserapkan ke Program Podium memandangkan pencapaian kami pada tahun 2017 sangat baik.

"Kalau boleh, semua pemain ingin menyertai Program Podium tetapi semuanya bergantung kepada pemilihan dan kriteria yang mereka (KBS) lihat," kata Sukri.

Sementara itu, atlet memanah recurve negara, Haziq Kamaruddin, tidak menyembunyikan hasrat untuk kekal dalam program itu, namun menyerahkan segala keputusan kepada pihak KBS.

"Kami dinilai berdasarkan pencapaian tahunan sementara Program Podium dinilai setiap enam bulan sekali.

"Rasa berdebar menunggu sama ada masih disenaraikan tetap ada kerana kalau boleh, kami mahu mengekalkan prestasi dan pencapaian setiap tahun.

"Kami hanya melakukan yang terbaik dan selebihnya akan dibincangkan oleh jurulatih dan pihak bertanggungjawab," ujar Haziq.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen