Bekas pemain kebangsaan, Roslan Jamaluddin, sedia mengisi kekosongan slot yang ditinggalkan oleh Nasihin Nubli sebagai jurulatih penjaga gol skuad hoki negara.

Keyakinan itu hadir selepas mempunyai pengalaman empat tahun menggalas tanggungjawab selaku jurulatih penjaga gol wanita negara di bawah kendalian Dhaarma Raj Abdullah.

"Secara peribadi, saya bersedia untuk menggalas tugas sebagai jurulatih penjaga gol hoki skuad negara. Saya ketika ini telah hampir empat tahun melatih penjaga gol skuad wanita sebelum ini dan saya berasakan mampu mengisi kekosongan ditinggalkan Nasihin," kata Roslan.

Sebelumini, Nasihin yang bertindak sebagai jurulatih penjaga gol skuad hoki negara telah beralih kepada ketua jurulatih skuad hoki wanita negara dan ia menyaksikan kekosongan dalam staf kejurulatih pasukan yang dibimbing Arul Selvaraj.

Setakat ini, Roslan masih belum mempunyai perbincangan lanjut bersama Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).