Rajamanickam terguris dengan nasib KLHA

Oleh Ammar Hakim 17 Jun 2020 73
Rajamanickam terguris dengan nasib KLHA
Perkhabaran Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA) terpaksa memulangkan pengurusan Stadium Hoki Kuala Lumpur kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengguris hati V. Rajamanickam.

KLHA sebelum ini telah dilaporkan perlu mengosongkan pejabat di Stadium Hoki Kuala Lumpur serta-merta, DBKL mengeluarkan arahan 2 Jun lalu untuk menamatkan kontrak kepada KLHA sebagai pihak yang menguruskan venue ini.

Tindakan tersebut susulan kegagalan KHA menguruskan venue ini dengan baik sejak kebelakangan ini.

Beliau yang menjaga venue tersebut selama 26 tahun sebelum mengambil keputusan meninggalkan KLHA pada tahun lalu.

Badan induk yang beroperasi di venue itu sejak 1988 sebelum stadium dibina 10 tahun kemudian sempena Sukan Komanwel Kuala Lumpur.

Walaupun sudah setahun meninggalkan KLHA namun beliau tetap memantau stadium itu dari jauh.

"Jika dibandingkan stadium lain, ini adalah yang paling dekat untuk pemain-pemain berkumpul. Kuala Lumpur amat mengutamakan pembangunan pemain. Pasukan ini telah memenangi Piala Razak sebanyak 19 kali, lima kali berturut-turut juara Sukan Malaysia (Sukma) dan beberapa lagi kejohanan B-19 dan B16," katanya.

"Pembangunan amat penting dan tugas kami di stadium ini adalah menganjurkan saingan di peringkat remaja dan saya berasakan ia tidak akan dianjurkan lagi di sini."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen