Piala Tun Abdul Razak: Pahang rampas kejuaraan daripada Selangor 

Oleh Shaiful Shamsudin 26 September 2020 206
 Piala Tun Abdul Razak: Pahang rampas kejuaraan daripada Selangor 
PAHANG 2 SELANGOR 1

Nuraini Abdul Rasid memastikan Pahang mengulangi kejayaan 2016 apabila mengecewakan Selangor 2-1 untuk ditabalkan sebagai juara wanita Piala Tun Abdul Razak 2020. 


Dalam aksi edisi kelima di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, petang tadi, pakar pukulan sudut penalti itu meletakkan Pahang di depan pada minit ketiga. 

Selangor tidak berdiam lama untuk menyamakan kedudukan melalui Fatin Syafikah pada minit ke-20.

Begitupun, Nuraini sekali lagi menjadi watak pemusnah untuk merampas kejuaraan Selangor dengan tidak mnensia-siakan satu lagi kesempatan pukulan sudut penalti pada minit ke-54. 

Sementara itu, Kuala Lumpur meraih penentuan tempat ketiga dengan mengalahkan Pulau Pinang 3-1 sementara Negeri Sembilan mengakhiri saingan di tangga kelima apabila menundukkan PDRM 0-2. 
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen