UZBEKISTAN 6 NEPAL 0

Uzbekistan membelasah Nepal 6-0 untuk merekodkan kemenangan kedua dalam Kejohanan Hoki Dalam Dewan Antarabangsa Wanita Piala Tuanku Zara di Dewan Jubli Merdeka, Kuala Kangsar sebentar tadi.


Ketua pasukannya, Kamilla Adizova, membuktikan ketajaman apabila menjaringkan hatrik keduanya manakala Sabina Adizova menyumbang dua gol selain satu daripada Gulrukh Ramazonova.

Pemenang pingat gangsa Piala Asia di Bangkok, Julai lalu itu mendahului 4-0 dalam separuh masa pertama.

Sabina membuka jaringan melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-10, diikuti jaringan padang Gulrukh seminit kemudian.

Enam minit berselang, Sabina meledak gol ketiga Uzbekistan melalui pukulan sudut penalti sebelum Kamilla menjadikan kedudukan 4-0 sebelum waktu rehat.

Dalam babak kedua, penguasaan Uzbekistan berterusan untuk menambah dua jaringan melalui Kamilla pada minit-22 dan 37.