Piala Tuanku Zara: Taiwan padam kekecewaan, raih tempat ketiga

Oleh Azizan Hashim 3 November 2019 134
Piala Tuanku Zara: Taiwan padam kekecewaan, raih tempat ketiga
TAIWAN 4 FILIPINA 0

Taiwan mengatasi Filipina 4-0  untuk menduduki tempat ketiga Kejohanan Hoki Dalam Dewan Antarabangsa Wanita Piala Tuanku Zara di Dewan Jubli Merdeka, Kuala Kangsar sebentar tadi.


Berbanding ketika berhempas-pulas mengatasi lawan sama 2-1 dalam pusingan awal semalam, Taiwan mendapat rentak dan berjaya mendahului 3-0 dalam babak pertama.

Liao Pei Shan menjaringkan dua gol manakala Yang Chia Yu dan Lee Mei Chin masing-masing meraih satu jaringan.

Pei Shan membuka jaringan pada minit ketiga, diikuti giliran Chia Yu melebarkan jurang empat minit kemudian.

Kedua-dua pasukan berbalas serangan selepas itu tetapi  jentera serangan Taiwan nyata lebih menyengat apabila Pei Shan menjaringkan gol ketiga  pasukannya sejurus sebelum rehat.

Saingan babak kedua menyaksikan Taiwan meneruskan cengkaman dan menjaringkan gol melalui Lee Mei Chin pada minit ke-32.
 

Tentang Penulis

Azizan Hashim

Komen