FILIPINA 1 TAIWAN 2

Filipina menamatkan cabaran dalam Kejohanan Hoki Dalam Dewan Antarabangsa Wanita Piala Tuanku Zara tanpa sebarang kemenangan apabila tumpas 1-2 kepada Taiwan di Dewan Jubli Merdeka, Kuala Kangsar, hari ini.


Dengan kekalahan itu, Filipina kekal di kedudukan terakhir dalam kejohanan yang disertai lima pasukan itu selepas hanya mengutip satu mata.

Dalam perlawanan hari ini, Taiwan mendahului melalui jaringan minit pertama kapten, Lin Ting Yun.

Yang Chia Yu melebarkan jurang buat Taiwan dengan gol padang pada minit ke-20 untuk pasukan itu menghampiri kemenangan kedua selepas menewaskan Nepal 6-1 semalam.

Filipina merapatkan jurang sebaik dua minit babak kedua bersambung melalui jaringan Maria Castillo hasil pukulan sudut penalti.

Begitupun, segala usaha mereka untuk mencari tambahan gol tidak berhasil apabila Taiwan kental bertahan.