Piala TNB: UniKL tidak boleh mendabik dada -- Arul 

Oleh Staff Writer 17 Februari 2020 189
Piala TNB: UniKL tidak boleh mendabik dada -- Arul 
Ketua jurulatih hoki Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Arul Selvaraj, menuntut pemainnya agar mengekalkan sikap menghormati lawan menjelang perlawanan separuh akhir Piala TNB, Rabu ini, atau The Young Guns akan berdepan masalah untuk mencipta kejuaraan hatrik musim ini.

UniKL makin hampir untuk mencipta rekod baru apabila bakal depan Maybank dalam format kalah mati.

Berdasarkan aksi terakhir Liga Hoki Malaysia (LHM), semalam, Arul menggesa pemainnya supaya lebih fokus atau akan berdepan masalah untuk menumbangkan seteru mereka itu yang menamatkan cabaran di tangga keempat.

"Mesej yang disampaikan dalam pertemuan bersama pasukan hari ini adalah mudah, keyakinan adalah bagus tetapi ia juga mengarut. 

"Jadi mereka perlu kekal yakin, itu sahaja. 

"Mereka perlu terus bersikap merendah diri dan fokus bagi perlawanan seterusnya," katanya kepada wartawan Nadi Arena, Bazly Azmi, malam tadi. 

Aksi menentang TNB di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil itu menyaksikan UniKL ketinggalan selepas dihukum penyerang TNB, Shahril Saabah, pada minit ke-51.

Begitupun, pemain tengah UniKL, Mohd Ashran Hamsani, menyamakan kedudukan pada minit ke-56 untuk melindungi rekod bersih tanpa kekalahan mereka musim ini.

Ia trofi kedua buat juara bertahan liga itu selepas menjulang Piala Sumbangsih, bulan lalu.

"Kami mengharungi satu persatu perlawanan. Kami sedar perlawanan separuh akhir pasti akan menjadi perlawanan yang sengit sepanjang 60 minit," kata penjaga gol UniKL, David Harte.

Menurut kapten TNB, Faiz Helmi Jali: "Kami bermain dengan baik hari ini, kami dapat mengekang UniKL memandangkan mereka tidak pernah kalah dalam saingan liga musim ini. 

"Moral pemain dalam keadaan bagus untuk menghadapi kempen Piala TNB."

Editor: Shaiful Shamsudin

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen