Terengganu mara ke final Kejohanan Hoki Piala Tun Abdul Razak selepas menewaskan Pahang 4-3 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Pahang terlebih dahulu di depan menerusi Noor Firdaus Rosdi pada minit ketiga tetapi Terengganu meledak tiga gol berturut-turut menerusi gandingan adik-beradik Fitri (2) dan Faizal Saari.

Dalam separuh masa kedua, Idris Samad merapatkan kedudukan buat Pahang menerusi pukulan sudut penalti dalam suku keempat sebelum Faizal sekali lagi menemui sasaran untuk mengembalikan jurang mata kepada 4-2.

Pahang tidak mudah mengalah apabila Idris menjaringkan gol kedua peribadinya tetapi ia masih belum cukup untuk menghalang Terengganu ke final.