Piala Razak: Syamim buktikan masih berbisa 

Oleh Penulis Jemputan 29 Oktober 2018 217
Piala Razak: Syamim buktikan masih berbisa 
Penyerang skuad hoki Kuala Lumpur, Mohd Syamim Yusof, bangkit daripada kecederaan betis yang hampir memusnahkan kariernya apabila menjaringkan satu gol ketika menewaskan Johor 3-0 dalam aksi Divisyen Satu Piala Razak 2018, semalam. 

Selepas berehat lebih enam bulan ekoran kecederaan betis, gol berkenaan menjadi pembakar semangat untuknya meningkatkan prestasinya.

"Pastinya saya gembira kerana dapat menyumbat gol dalam kejohanan pertama yang saya sertai (selepas pulih). 

"Ia menambah semangat buat saya untuk mempamerkan aksi yang lebih baik dalam aksi selepas ini.

"Saya masih belum boleh mencapai kemuncak larian kerana baru pulih daripada proses pemulihan selepas Hari Raya Korban yang lepas," katanya. 

Tambahnya lagi, dia menaruh harapan agar momentum kemenangan semalam dapat membina keyakinannya, sekaligus dapat membantu Kuala Lumpur meraih kejayaan lebih gemilang. 

"Saya percaya kami akan pergi lebih jauh dan kami akan berdepan juara bertahan, Perak, Selasa ini," katanya lagi. 

 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen