Piala Razak: Skuad wanita Selangor jalani latihan pertama

Oleh Muzaffar Musa 23 Jun 2020 57
Piala Razak: Skuad wanita Selangor jalani latihan pertama
Skuad hoki wanita Selangor memulakan langkah untuk mempertahankan kejuaraan Piala Razak apabila menjadi pasukan pertama menjalani latihan hari ini.

Bagaimanapun, ketua jurulatih, Ikmal Abd Jabar, bimbang dengan tahap kecergasan barisan pemainnya.

Berikutan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP), hanya 10 pemain dibenarkan untuk menjalani latihan dalam setiap sesi.

Malah, tumpuan dalam sesi latihan itu hanya melibatkan aspek kecergasan dan teknik asas pemain selepas hampir empat bulan tidak berlatih.

Selangor bernasib baik kerana memiliki tiga pemain negara dan lima pemain remaja kebangsaan, namun Ikmal enggan mendabik dada.

"Daripada segi fizikal, Alhamdulillah, mereka dapat mengekalkannya," katanya kepada Nadi Arena.

"Berat badan mereka juga tidak meningkat terlalu tinggi.

"Cuma, daripada segi kecergasan, mereka perlu mendapatkannya kembali, terutama daripada segi asas hoki," katanya.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen