Perak merakamkan kemenangan pertama dalam saingan Kumpulan B, Kejohanan Hoki Piala Tun Abduk Razak dengan menewaskan Sabah 2-0 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan, bagaimanapun, terikat tanpa jaringan dalam suku pertama meskipun berhasil mencaturkan beberapa gerakan berbahaya.

Perak akhirnya memecahkan kebuntuan dalam suku kedua menerusi gol padang Arif Sabron pada minit ke-19.

Pemain kebangsaan, Syed Syafiq Syed Cholan, kemudian melebarkan jurang jaringan itu dalam suku ketiga apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-41.

Sabah berpeluang merapatkan jurang pada suku keempat tetapi gagal menyempurnakan gerakan 'set-piece' susulan pukulan sudut penalti.

Perak picked up their first win in Group B following their comfortable 2-0 win over Sabah in the Men’s Division of the...

Posted by Malaysian Hockey Confederation on Sunday, 20 September 2020


Keputusan lain:
Kumpulan A
Perlis 3 Pulau Pinang 2