Piala Razak: Hafizuddin sertai Kuala Lumpur

Oleh Ammar Hakim 14 September 2020 393
Piala Razak: Hafizuddin sertai Kuala Lumpur
Selepas 10 tahun berkhidmat bersama Terengganu, penjaga gol hoki kebangsaan, Hafizuddin Othman, mengambil keputusan untuk mencari angin baru, mewakili skuad Kuala Lumpur untuk saingan Piala Razak yang akan bermula 18 September ini.

Ia keputusan yang cukup sukar, selain negeri kelahirannya, Terengganu, Hafizuddin turut mendedahkan Perak dan Selangor juga turut menyuarakan hasrat untuk mendapatkan khidmatnya untuk saingan Piala Razak tahun ini.

Kuala lumpur amat memerlukan sentuhan juara, apabila mereka tetap sasaran tinggi, untuk menamatkan kemarau sembilan tahun menjulang kejuaraan ini.

Hafizuddin pula bukanlah asing untuk saingan ini, mula membuat penampilan pada 2009, pernah menikmati juara pada 2012 dan 2016.

"Kuala Lumpur merupakan pilihan terbaik buat saya kerana pasukan ini diberikan rata-rata pemain yang sebaya dengan saya," katanya.

"Saya baru sahaja bermula menjalani latihan minggu lalu dan telah beraksi dalam empat perlawanan persahabatan setelah lama tidak menjalani latihan sejak Mac lalu."

Sasaran yang cukup tinggi diletakkan buat skuad warga kota yang amat mendambakan kejuaraan selepas kali terakhir mencapai kejuaraan pada 2011.

Dalam aksi perlawanan persahabatan menentang Melaka sebentar tadi, Kuala Lumpur menang dengan keputusan 3-0.

"Setakat ini, dia telah mula menampilkan prestasi yang baik dan kami kini di landasan terbaik untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan," kata ketua jurulatih Kuala Lumpur, S. Selvaraju.
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen