Piala Dunia Remaja 2016: Najib dipilih selaku kapten pasukan

Oleh Staff Writer 3 Disember 2016 30
Piala Dunia Remaja 2016: Najib dipilih selaku kapten pasukan
Pertahanan negara, Mohd Najib Abu Hassan, sekali lagi dipilih sebagai kapten negara bagi menghadapi kempen Piala Dunia Remaja 2016 di Lucknow, India.

Ia penghormatan terbesar buat pemain berusia 21 tahun itu walaupun gagal dalam kempen kelayakan di Piala Remaja Asia, tahun lalu.

Bagaimanapun, pihak pengurusan skuad pembangunan hoki negara berpendapat Najib layak memakai lilitan kapten berbekalkan kredibiliti dan pengalaman menyarung jersi skuad senior kebangsaan.

"Kami tidak mempunyai latihan persediaan yang secukupnya. Apa yang saya harapkan daripada rakan sepasukan adalah bermain dengan sepenuh hati dan semangat juang yang tinggi serta memberikan persaingan yang sengit," katanya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen