Piala Dunia Hoki Remaja 2016: Malaysia raih kemenangan pertama

Oleh Staff Writer 11 Disember 2016 4
Piala Dunia Hoki Remaja 2016: Malaysia raih kemenangan pertama

MALAYSIA 2 MESIR 0

Zulhamizan Awang Abas dan Khalid Hamirin menghadiahkan kemenangan pertama skuad hoki negara apabila berjaya menewaskan Mesir 2-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan B, Piala Dunia Hoki Remaja 2016.


Kemenangan tersebut mengubat kekecewaan anak buah Wallace Tan yang tewas 7-2 kepada Belanda, kelmarin.

Zulhamizan membuka tirai jaringan seawal minit ke-13 sebelum Khalid Hamirin menyumbang gol kedua pada minit ke-61.

Keputusan tersebut nyata penting buat Malaysia, yang masih berpeluang untuk melangkah ke separuh akhir namun berdepan tugas berat tatkala perlu melakar kemenangan berdepan Belgium, esok.

Belgium -- yang menghuni tangga pertama kumpulan -- melakar kemenangan kedua berturut-turut apabila menewaskan Belanda 3-2.

Skuad muda negara kini menghuni tangga ketiga, berkongsi tiga mata dengan Belanda sementara Mesir, yang tewas dua perlawanan berturut-turut menghuni kedudukan tercorot.


Tentang Penulis

Staff Writer

Komen