Piala Dunia 2018: KHM umum senarai pemain ke India

Oleh Penulis Jemputan 12 November 2018 804
Piala Dunia 2018: KHM umum senarai pemain ke India
Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menerusi satu sidang media di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil mengumumkan senarai 18 pemain yang akan menggalas tanggungjawab dalam Kejohanan Hoki Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, India, sebentar tadi.

Menerusi senarai tersebut, pakar pukulan sudut penalti negara, Muhammad Razie Abd Rahim, yang sebelum ini dibelenggu kecederaan hamstring, akan kembali berkhidmat selepas pulih sepenuhnya.

Selain itu, Mohd Fitri Saari juga kembali menyertai skuad kebangsaaan dan kehadirannya akan membantu memperkuatkan jentera tengah negara.

Turut berada dalam senarai kem Malaysia ke India adalah penjaga gol utama, S. Kumar, yang sebelum ini turut terpalit dengan masalah kecederaan tangan selain Muhamad Ramadan Rosli, Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi dan Norsyafiq Sumantri yang diberikan kepercayaan membantu bahagian serangan.

 The Malaysian Hockey Tigers yang diletakkan dalam Kumpulan D bersama Jerman, Belanda dan Pakistan, akan membuka tirai saingan Piala Dunia 2018 dengan bertemu Belanda pada 1 Disember.

Skuad negara dijadualkan berlepas ke India pada 25 November ini.

Untuk rekod, edisi 2018 merupakan pentas Piala Dunia kelapan -- 1973, 1975, 1978, 1982, 1998, 2002, 2014 -- buat skuad negara dan pencapaian terbaik Malaysia adalah kedudukan keempat pada tahun 1975 ketika menjadi tuan rumah.


Senarai Pemain:

1. Kumar Subramaniam
2. Muhammad Hairi Bin Abd Rahman
3. Mohamad Sukri Bin Abdul Mutalib (Kapten)
4. Muhammad Razie Bin Abd Rahim
5. Syed Mohamad Syafiq Bin Syed Cholan
6. Faiz Helmi Bin Jali
7. Muhammad Azri Bin Hassan
8. Nabil Fiqri Bin Mohd Noor
9. Muhammad Marhan Bin Jalil
10. Mohd Fitri Bin Saari
11. Meor Muhamad Azuan Bin Hassan
12. Joel Samuel Van Huizen
13. Tengku Ahmad Tajuddin Bin Tengku Abdul Jalil
14. Muhammad Firhan Bin Ashari
15. Faizal Bin Saari
16. Nik Muhammad Aiman Bin Nik Rozemi
17. Norsyafiq Bin Sumantri
18. Muhamad Ramadan Bin Rosli

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen