Piala Asia: Misi tamatkan badi dengan Pakistan -- Fitri

Oleh Penulis Jemputan 18 Oktober 2017 1086
 Piala Asia: Misi tamatkan badi dengan Pakistan -- Fitri
Pemain tengah skuad hoki negara, Fitri Saari, berlepas ke Dhaka, Bangladesh, malam tadi dengan misi menamatkan kemarau kemenangan ke atas Pakistan sejak 35 tahun lalu apabila kedua-dua pasukan berentap dalam aksi empat terbaik, petang ini. 

Kepulangan semula Fitri ke Dhaka menjadi suntikan semangat buat The Malaysian Hockey Tigers. 

Sentuhan perancang utama itu penting untuk Malaysia meraih tiga mata, sekaligus kemenangan sulung ke atas Pakistan dalam sejarah Piala Asia sejak 1982. 

Rekod Malaysia dalam sembilan pertemuan dengan Pakistan di pentas itu menyaksikan Malaysia tewas lapan kali dan seri sekali. 

"Saya berharap dapat mencapai keputusan positif ketika menentang Pakistan. Saya akan bawa semangat anak saya untuk perlawanan itu nanti. 

"Seperti yang kita sedia maklum, rekod pertemuan kami dengan Pakistan tidak begitu baik. 

"Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil dan Faizal Saari kini berada di kemuncak prestasi, harapan saya amat besar untuk kami melangkah ke final dan memenangi pingat," kata pemain dari Terengganu itu.

Diharapkan Fitri dapat beraksi tenang apabila sanggup meninggalkan anaknya yang masih sakit di Hospital Serdang. 
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen