Persiapan skuad hoki remaja hadapi Austria terjejas

Oleh Staff Writer 16 Disember 2016 1
Persiapan skuad hoki remaja hadapi Austria terjejas

Persiapan skuad pembangunan hoki negara menjelang aksi berdepan Austria bagi penentuan tempat ke-11/12 Piala Dunia Remaja pada Sabtu terjejas ekoran masalah padang latihan.

Ketiadaan padang latihan mencukup memaksa anak buah Wallace Tan menjalani sesi pemanas badan di hotel penginapan. Bagaimanapun, kapten, Mohd Najib Abu Hassan tetap bersikap positif.

Penganjur hanya menyediakan satu padang latihan yang jadi rebutan semua pasukan bertanding sekalgus menyebabkan beberapa pasukan terpaksa merangka pelan B termasuk Malaysia.

Najib berkata:"Kalau ikutkan untuk mendapat latihan lengkap dalam tempoh dua hari ini agak sukar jadi kami perlu fokus dalam aspek strategi dan formasi daripada jurulatih.

"Kami perlu memberi tumpuan bagi memastikan kami mendapat tempat ke-11," ujarnya.

The Young Tigers tidak tertekan menjelang aksi terakhir di Lucknow, India walaupun tidak mempunyai banyak maklumat mengenai Austria namun perlu waspada untuk tidak memberikan pihak lawan pukulan sudut penalti.

Ini kerana Austria memiliki Franz Lindengrun yang telah pun meledak tiga gol dengan dua daripadanya hadir menerusi pukulan sudut penalti.

"Saya berbangga kerana dapat beraksi dalam kejohanan ini. Saya rasa prestasi saya agak baik ketika ini terutamanya membantu pasukan ketika pukulan sudut penalti," jelas Lindengrun.

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen