Penyerang negara PUI COVID-19

Oleh Muzaffar Musa 11 November 2020 324
Penyerang negara PUI COVID-19
Seorang penyerang skuad hoki negara diletakkan dalam kategori orang dalam siasatan (PUI) COVID-19 apabila ahli keluarga terdekatnya dikesan positif virus berkenaan.

Situasi itu menjadi tamparan hebat kepada skuad The Malaysian Hockey Tigers itu untuk menyambung sesi latihan fasa kedua di Bukit Jalil bermula esok.

Skuad negara berkemungkinan perlu menunggu lebih lama untuk meneruskan latihan mereka memandangkan pemain berkenaan perlu menjalani ujian swab dan keputusannya dijangka diperoleh esok.

Bagaimanapun, dia perlu melengkapkan tiga ujian swab seperti yang pernah dilalui seorang pegawai Institut Sukan Negara (ISN) yang turut menjadi PUI virus berkenaan.

Dalam satu temu bual bersama Nadi Arena hari ini, ketua jurulatih skuad negara, Arul Selvaraj, berkata: "Saya fikir mereka perlu sedikit masa untuk menyesuaikan diri dan kami akan memulakan fasa latihan seterusnya bermula Khamis ini sehingga hujung Disember."

Dengan perkhabaran terbaru ini, Arul perlu menunggu keputusan ujian swab berkenaan untuk merangka semula program latihan mereka.
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen