Penjaga gol terbaik Asia disisih daripada skuad kebangsaan

Oleh Staff Writer 17 Julai 2020 92
Penjaga gol terbaik Asia disisih daripada skuad kebangsaan
Bekas penjaga gol terbaik Asia, Farah Ayuni Yahya, antara yang digugurkan dari pasukan hoki wanita negara bagi pembentukkan skuad projek 2026, ketika pemain berusia bawah 21 tahun menjadi pilihan.

Kegemilangan Malaysian Tigress tidak akan dilupakan, namun setiap permulaan pasti ada pengakhiran.

Rombakan terpaksa dilakukan untuk memberikan laluan kepada pemain muda sekali gus menyaksikan hanya enam pemain senior dikekalkan.



"Sekarang, kami tumpukan kepada pemain muda untuk program jangka masa panjang," kata penolong jurulatih skuad hoki wanita negara, Roslan Jamaluddin.

Ketika ini, hanya terdapat satu pasukan wanita sahaja dan mereka dijadual menyertai Trofi Juara-Juara Asia di Korea Selatan, hujung tahun ini.

"80% pemain muda dan hanya 20% pemain senior yang dikekalkan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (KHM). Saya harap pemain senior dapat membantu pemain-pemain muda ini yang ada dalam pasukan untuk menjadikan pasukan ini lebih baik," kata pemain tengah negara, Nuraini Abd Rashid.

Seorang lagi pemain negara, Nur Hafizah Maznan, berkata , "Sekarang junior hanya ada satu pasukan sahaja untuk pasukan kebangsaan. Saya dapat memberikan yang terbaik untuk skuad negara sekaligus meraih kejayaan di pentas antarabangsa."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen