MALAYSIA 3 PAKISTAN 2

Pengorbanan Fitri Saari meninggalkan anaknya yang masih dirawat di tanah air berbalas apabila dia menyumbang gol kemenangan buat Malaysia menewaskan Pakistan 3-2 dalam perlawanan pertama peringkat round robin separuh akhir Piala Asia di Dhaka, Bangladesh, hari ini.


Baru beberapa saat perlawanan bermula, kem hoki negara dikejutkan dengan jaringan pantas Pakistan menerusi gol padang Umar Bhutta yang masih lagi sedang menyesuaikan diri dengan gelanggang.

Bagaimanapun, hanya 10 minit selepas itu, Malaysia berjaya menyamakan kedudukan 1-1 selepas Razie Rahim menyempurnakan pukulan sudut penalti.

Pakistan kembali di depan sembilan minit kemudian, juga menerusi gol padang, yang disudahkan oleh Azfar Yaqoob.

Aksi sengit ditampilkan Malaysia dengan bangkit menyamakan kedudukan dalam suku kedua melalui gol cantik Shahril Saabah.

Skuad The Malaysian Hockey Tigers terus garang apabila berjaya mendahului 3-2 pada suku ketiga. Ia hadir daripada Fitri yang menyempurnakan pukulan penalti stroke.

Malaysia, yang diasak hebat Pakistan dalam suku keempat, berjaya mengelak daripada ditembusi, sekaligus meraih kemenangan pertama dalam separuh akhir Super 4.

Saingan akan diteruskan dengan Malaysia berdepan India esok.