Pelantikan Anil kebanggaan buat Sabah

Oleh Willie Jude 12 Jun 2020 986
Pelantikan Anil kebanggaan buat Sabah
Pelantikan Presiden Persatuan Hoki Sabah (SHA), Datuk Seri Dr Anil Jeet Singh, sebagai salah seorang ahli jawatankuasa Persekutuan Hoki Asia (AHF) baru-baru ini menjadi satu kebanggaan buat negeri berkenaan.

"Malaysia ataupun Sabah sangat bertuah kerana mempunyai salah seorang yang termasuk dalam senarai jawatankuasa pertandingan AHF, kami bangga dengan pelantikan ini dan mengucapkan tahniah kepada beliau (Anil).

"Dengan adanya beliau dalam jawatankuasa itu, kita pastinya tidak akan ketinggalan daripada segi pembangunan sukan hoki," kata naib presiden SHA, Dedi Saputra Mohd Rasyid.
  
Sementara itu, Setiausaha SHA, Avtar Singh Bal, turut menyatakan kegembiraannya apabila akhirnya ada wakil persatuan itu yang menjadi ahli jawatankuasa pertandingan AHF.

"Beliau memang layak dilantik, kita boleh lihat kerja kerasnya untuk membangunkan sukan hoki di Sabah sejak beliau menjadi presiden SHA," katanya.

Anil adalah naib presiden Konfederasi Hoki Malaysia yang mengetuai jawatankuasa pertandingan dan difahamkan beliau adalah wakil Sabah pertama dilantik menjadi ahli jawatankuasa AHF. 

Tentang Penulis

Willie Jude

Komen