Pasukan Hoki Kerian (PHK) 1.0 dibatalkan penyertaan dalam Liga Hoki Perak TNB-Quest 2018 serta-merta hari ini.

Tindakan itu diambil oleh Jawatankuasa Pertandingan Persatuan Hoki Perak (PHP) kerana mendapati pasukan itu menurunkan pemain yang tidak didaftarkan.

Pembatalan PHK 1.0 itu dibuat melalui surat yang ditandatangani oleh Pengarah Pertandingan, Mohd Shahpri Mohd Zain, yang bertarikh hari ini.

Menurut surat itu, PHK 1.0 melanggar Peraturan 10.1.6 Syarat Pertandingan dan dibatalkan daripada kejohanan.

Pembatalan PHK 1.0 itu menyaksikan pasukan Landak Hoki Muallim dan Anderson Tiger mara ke suku akhir menerusi Kumpulan C.

Sementara itu, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Old Andersonians lolos daripada Kumpulan A.

Lain-lain pasukan yang mara ialah Quest International University Perak (QIUP) Eagles dan Politeknik Ungku Omar (PUO) daripada Kumpulan B serta Anderson Puma dan Pasukan Hoki Manjung (Kumpulan C).