Oltmans ubah pendirian demi kebaikan pasukan

Oleh Staff Writer 7 Julai 2020 1323
Oltmans ubah pendirian demi kebaikan pasukan
Ketua jurulatih skuad hoki negara, Roelant Oltmans, mengubah pendirian untuk memberi lampu hijau kepada barisan pemain kebangsaan menyertai Piala Razak, September depan.

Ia kali pertama Oltmans membenarkan pemain kebangsaan menyertai kejohanan hoki tertua dalam negara itu sejak menyandang jawatannya pada 2018.

Jelasnya, pertandingan itu bukan bertaraf tinggi, namun ia boleh digunakan sebagai persediaan buat barisan pemainnya menyesuaikan diri sebelum menghadapi Trofi Juara-Juara Asia di Dhaka, Bangladesh, November depan.

"Pemain tampak bersemangat untuk beraksi sekali lagi, ketika ini kami berlatih dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Tentunya pemain menginginkan perlawanan kompetitif dan aksi September depan amat dinantikan" ujar Oltmans.

Menyentuh mengenai calon pengganti S. Kumar, Oltmans menerangkan bahawa tiga daripada empat calon penjaga gol hoki negara telah mampu beraksi di pentas tertinggi.

"Hairi (Abd Rahman), Zaini (Mat Deris) dan Adrian (Andy Albert).

"Hazrul Faiz (Ahmad Sobri) pula dipilih kerana mempamerkan aksi terbaik dalam saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) musim ini.

"Keempat-empat mereka sedang bersaing bagi merebut tempat selaku penjaga gol utama dalam skuad kebangsaan.

"Saya menggemari penjaga gol yang memberikan reaksi, tidak keluar dari gawang  dan memastikan bola kedua milik mereka, itulah kriteria yang kami cari" tambahnya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen