Oltmans rancang umum senarai 18 pemain ke Piala Dunia Isnin

Oleh Penulis Jemputan 8 November 2018 533
Oltmans rancang umum senarai 18 pemain ke Piala Dunia Isnin
Teka-teki mengenai status Pakistan ke Piala Dunia 2018 tidak menjejaskan perancangan ketua jurulatih skuad hoki negara, Roelant Oltmans, yang bercadang membuat pengumuman awal senarai 18 pemain, Isnin depan.

Malaysia tidak terjejas dengan apa yang menimpa Pakistan, dengan pemenang bersama Trofi Juara-Juara Asia 2018 itu berdepan masalah mendapatkan visa daripada pihak berkuasa India.

Ini bukan kali pertama Pakistan berdepan masalah visa kerana skuad remaja mereka terpaksa menarik diri daripada Piala Dunia Remaja 2016.

Apa yang menarik, Malaysia perlu menewaskan Pakistan untuk melepasi saingan Kumpulan D.

"Ia menghadirkan kesukaran buat pasukan negara tetapi mereka akan cuba memberikan yang terbaik bagi mendapatkan keputusan yang positif," kata Oltmans.

Turut berada dalam kumpulan sama, juara tiga tiga kali, Belanda, dan Jerman (juara dua kali).

Sebanyak 24 pemain negara bersaing sengit merebut tempat menjelang pengumuman skuad Piala Dunia yang dijangka Isnin ini.

Buat masa ini, pertahanan, Mohd Najib Abu Hassan, sah digugurkan ekoran kecederaan posterior cruciate ligament.

"Keadaan saya semakin baik kerana kecederaan yang dialami semakin pulih. Tetapi ketiadaan pemain seperti Najib dalam barisan pertahanan secara tidak langsung memberikan kesan kepada skuad negara," kata pertahanan negara, Razie Abd Rahim.

"Saya masih lagi menunggu keputusan daripada jurulatih. Buat masa ini, saya akan cuba menampilkan permainan terbaik untuk layak ke Piala Dunia," kata penyerang negara, Nik Mohd Aiman Nik Rozemi.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen