Tonggak skuad hoki wanita negara, Nuraini Abdul Rashid dan Farah Ayuni Yahya, bakal mencatat sejarah baru dalam arena sukan Malaysia.

Nuraini dan Farah Ayuni tampak bakal bergelar pemain pertama kebangsaan yang beraksi dalam Kejohanan Hoki Kelab Eropah (EHL) selepas pasukan diwakili, East Grinstead, dari England mara ke saingan benua itu.

East Grinstead mara selepas menamatkan saingan Liga England di tangga kedua dan kedua-dua pemain itu jelas teruja untuk mengharungi pengalaman berharga itu.

"Saya harap ia akan menjadi kenyataan untuk saya dan Farah Ayuni. Diharapkan apabila Covid-19 sudah sembuh sepenuhnya, kemungkinan akan ada untuk kami pergi ke England," kata Nuraini.

"Secara peribadi, sebelum bersara, kalau saya ke sana, pemain remaja akan bersemangat untuk beraksi dalam liga luar. Ia adalah satu platform untuk kami berjaya," tambah Farah Ayuni.

"Setakat ini, masih belum ada sebarang tetapan tarikh memandangkan Covid-19 masih belum pulih."

East Grinstead menamatkan saingan Liga Hoki Perdana Wanita England di tangga kedua selepas mengutip 39 mata tatkala Surbiton muncul juara dengan 46 mata.