Nor Saiful Zaini Nasiruddin mengesahkan telah menolak lamaran Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) yang mahu mendapatkan khidmatnya sebagai penolong jurulatih skuad hoki remaja lelaki negara.

Dia berpendapat Wallace Tan yang dilantik sebagai ketua jurulatih lebih berhak untuk menentukan pembantunya sendiri.

Baginya, keputusan itu dibuat agar tidak bercanggah pendapat kerana masing-masing mempunyai corak permainan yang berbeza.

Bagaimanapun, dia yang telah mengendalikan skuad muda itu sejak empat tahun lalu menghormati dan percaya keputusan KHM adalah jalan terbaik buat pasukan negara.

"Dia (Wallace) perlu diberi peluang untuk melihat sendiri calon pembantunya. Jangan paksa saya bantu dia. Dia ada staf tertentu, jadi saya fikir berikan dia peluang untuk tentukan sendiri. Mungkin saya tidak biasa dengannya," katanya.

Nor Saiful juga optimis Wallace mampu mengulangi kejayaannya yang pernah membawa pasukan hoki lima sepasukan negara ke Sukan Olimpik Remaja sebelum ini.

"Pemain sudah ada, mereka bersedia. Hanya permainan perlu ditentukan."




Editor: Nafis Abdullah