Mancini mahu Skuad Itali dibesarkan menjelang Euro 2020

Oleh Ammar Hakim 1 April 2021 165
Mancini mahu Skuad Itali dibesarkan menjelang Euro 2020
Roberto Mancini telah melihat kejayaannya menjulang Piala Dunia bersama Itali, walaupun sasaran pertamanya adalah untuk memastikan pasukan akan diperbesarkan menjelang saingan Euro 2020.

Italy meraih tiga kemenangan dariopada tiga perlawanan dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022 dengan mengatasi Lithuania 2-0. 

Jaringan daripada Stefano Sensi dan Ciro Immobile memastikan tiga mata berjaya diperoleh.

Kini The Azzurri tanpa kalah dalam 25 perlawanan di bawah kendalian Mancini, yang membawa dia setaraf dengan prestasi terbaik Marcelo Lippi - hanya Vittorio Pozzo (30) yang berjaya mencatat rentak tanpa kalah yang lebih baik.

Lippi memimpin Itali menjuarai Piala Dunia 2006, dan Mancini berasakan dia mahu melakukan perkara yang sama.

"Saya gembira kami berada di puncak kumpulan, itu menggembirakan, tetapi rekod adalah masalah tersendiri berbanding dengan keputusan sebenar, "katanya kepada wartawan.

"Saya berharap dapat menandingi Lippi di Piala Dunia, mungkin pada bulan Disember 2022."
 
Dengan tiga kemenangan dalam aksi kelayakan, tumpuan Itali kini beralih kepada saingan Euro, yang dijadual semula sejak tahun lalu.

Mancini memilih skuad 38 pemain bagi aksi antarabangsa yang terbaru, dan mencadangkan kepada UEFA bagi memperbesarkan lagi skuad berbanding 23 pemain bagi kejohanan tahun ini.

"Saya berasakan ia mampu dilakukan bagi Euro 2020," kata Mancini.

"Saya fikir ia boleh menjadi perkara yang betul. Masalahnya di atas semua adalah jika beberapa pemain menghadapi masalah dalam kejohanan, kerana sukar untuk memanggil mereka kembali selepas itu, ketika pemain sedang bercuti."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen