Lima negara sertai Piala Tuanku Zara

Oleh Azizan Hashim 21 Oktober 2019 159
Lima negara sertai Piala Tuanku Zara

Lima pasukan, termasuk tuan rumah, Malaysia, akan berentap dalam Kejohanan Hoki Dalam Dewan Antarabangsa Wanita Piala Tuanku Zara di Dewan Jubli, Kuala Kangsar dari 31 Oktober hingga 3 November ini.

Empat pasukan lagi ialah Uzbekistan, Nepal, Taiwan dan Filipina.

Sebelum ini, enam pasukan dijangka menyertai kejohanan kali pertama itu tetapi Thailand menarik diri.

"Kejohanan ini adalah hasil cetusan idea Tuanku Permaisuri sendiri. Kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM400,000 bagi penganjuran kejohanan ini.

"Kami berharap orang ramai akan datang menyaksikan kejohanan julung-julung kali diadakan ini," kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, dalam majlis pelancaran logo kejohanan di Meru Raya, petang tadi.

Dalam majlis itu juga Ahmad Faizal menyerahkan cek sumbangan berjumlah RM296,000 kepada SMK Anderson bagi projek pembinaan gelanggang latihan astroturf baru sekolah itu.

Pertemuan Uzbekistan dengan Filipina akan menyingkap tirai kejohanan pada jam 4.30 petang, diikuti pertemuan Taiwan-Nepal jam 6.00 petang.

 

Tentang Penulis

Azizan Hashim

Komen