Liga Perak: PUO juara

Oleh Azizan Hashim 25 November 2019 137
Liga Perak: PUO juara
Politeknik Ungku Omar (PUO) muncul juara kategori lelaki Liga Hoki Perak selepas menumpaskan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) 1-0 di Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh semalam.

Jaringan Afiful Najmi Mohd Masri pada minit ke-25 sudah mencukupi untuk PUO merangkul gelaran, sekali gus meraih hadiah wang tunai RM3,000.

MBI, yang juga finalis tahun lalu, terpaksa berpuas hati selaku pasukan kedua terbaik dan meraih RM2,000.

Juara tahun lalu, Universiti Antarabangsa Quest Perak (QIUP) menduduki tempat ketiga.

Sebanyak sembilan pasukan menyertai liga anjuran Persatuan Hoki Perak (PHP) itu.
 

Tentang Penulis

Azizan Hashim

Komen