Liga Hoki Perak: Quest, MBI tepati ramalan

Oleh Azizan Hashim 18 November 2019 314
Liga Hoki Perak: Quest, MBI tepati ramalan
Finalis edisi lalu, Universiti Antarabangsa Quest Perak (Quest), dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), seperti dijangka layak ke separuh akhir Liga Hoki Perak 2019 di Stadium Sultan Azlan Shah, Sabtu ini. 

Juara bertahan, Quest, mara selepas mengungguli kumpulan A manakala MBI muncul juara kumpulan B. 

Turut layak ialah Kerian Hockey Team B dan Politeknik Ungku Omar (PUO), masing-masing daripada kumpulan A dan B.

Juara bertahan itu mengutip sembilan mata hasil tiga kemenangan dalam Kumpulan A dengan mengatasi Kerian Hockey Team B, UPSI Muallim dan Persatuan Hoki Muallim. 

Buat MBI, mereka mengutip 10 mata hasil empat kemenangan dan seri sekali dalam aksi kumpulan B yang turut dibarisi PUO, Hilir Perak, Highlander Boys dan Kerian Hockey Team A. 

Dalam aksi separuh akhir nanti, MBI akan bertemu Kerian manakala Quest menentang PUO untuk menentukan pasukan yang akan ke final, Ahad ini.

Tentang Penulis

Azizan Hashim

Komen