LHRM: Saingan remaja elak kesilapan LHM

Oleh Shaiful Shamsudin 5 Mac 2020 67
LHRM: Saingan remaja elak kesilapan LHM
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Dr Anil Jeet Singh, menegaskan Liga Hoki Remaja Malaysia (LHRM) tidak akan mengulangi kesilapan yang Liga Hoki Malaysia (LHM) sebelum ini.

"Pasukan-pasukan sudah pun menyerahkan dokumen untuk diteliti.

"Kami akan menghantar surat kepada pasukan yang diragui," katanya kepada Wan Muiz Wan Aziz di Pejabat KHM, Bukit Jalil, semalam. 

Ia ekoran dakwaan terhadap peristiwa juara Lga Hoki Wanita Malaysia (LHWM), Hockademy, yang belum menjadi ahli gabungan Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA) ketika mengesahkan penyertaan dalam kancah itu.

KHM mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan menjelang saingan remaja yang bakal berlangsung 25 Mac sehingga 19 April supaya tidak menghadapi kemelut yang sama.

LHRM juga bakal memperkenalkan sistem penjualan tiket musim ini tetapi ia akan diputuskan dalam mesyuarat kedua selewat-lewatnya 15 Mac depan.

"Apabila datang untuk menonton, peminat juga harus menyumbang kepada hoki.

"Ini adalah proses pembelajaran."
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen