TNB Thunderbolts sedang mempertimbangkan untuk nenarik diri daripada Liga Hoki Malaysia (LHM) berikutan 11 pemainnya tidak dibenarkan beraksi.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan larangan pemain berstatus pelajar sekolah terlibat dalam saingan musim ini ekoran kebimbangan jangkitan COVID-19.

Perkara itu akan dibincangkan dalam Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) yang akan dipengerusikan Datuk Anil Jeet Singh, yang akan bersidang Ahad ini bagi menentukan pasukan-pasukan ini.

Buat masa ini, mereka tetap meneruskan latihan memandangkan saingan bermula Selasa depan.

"Kami mungkin terpaksa menarik diri ekoran ketiadaan separuh daripada (tonggak) pasukan ini.

"Kami kena terima hakikat pemain-pemain ini di bawah jagaan KPM dan tidak dibenarkan bermain.

"Peluang untuk bermain liga memang tiada jadi pemain selebihnya hanya akan menjadi penonton sahaja.

"Separuh daripada pemain kami terdiri daripada pelajar sekolah," kata jurulatih TNB Thunderbolts, Madzli Ikmar Mohd Noor, kepada wartawan Astro Arena, Bazly Azmi, di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.


TNB Thunderbolt sedia gegar LHM 2021

Posted by Malaysian Hockey Confederation on Wednesday, January 6, 2021


Penyerang TNB Thunderbolts, Muhammad Addy Jazmi Jamlus, menghormati keputusan pihak atasan sambil berikrar mengekalkan sentuhannya.

"Walaupun tidak dapat beraksi, saya tetap meneruskan latihan demi meningkatkan prestasi.

"Saya masih dalam Skuad Projek, saya perlu kekalkan tahap persembahan dan kecergasan, saya akan berikan 100 peratus dalam latihan," katanya.

Situasi sama turut melanda Young Tigress yang bakal buat penampilan sulung LHM. Namun, mereka sudah bersiap-sedia dengan pelan B.

"Khidmat mereka sememangnya mahu diguna pakai tetapi kami terpaksa akur.

"Jadi kami akan menguji beberapa pemain untuk mengisi kekosongan," kata jurulatih Young Tigress, A Kannagi.

Kejohanan tempatan pertama 2021 ditangguhkan! Menurut laporan media, Liga Hoki Malaysia #TNBMHL yang sepatutnya bermula...

Posted by Team Malaysia on Friday, January 8, 2021