Persatuan Hoki Sabah apabila menyunting bekas pemain Sukan Malaysia (Sukma) Sabah, Eugene Lee, untuk mengemudi pasukan lelaki.

Tanggungjawab itu di sandang Eugene bagi membantu wakil Borneo itu mempersiapkan diri bagi kemunculan pertama mereka menjelang kempen Liga Hoki Malaysia (LHM) 11 Mac depan.


Terima Kasih YB Datuk Jafry Ariffin

Posted by Persatuan Hoki Sabah on Wednesday, January 6, 2021


Dalam pada itu, Presiden Hoki Sabah (PHS), Datuk Seri Anil Jeet Singh, juga telah meletakkan sasaran untuk pasukan lelaki berada dalam kelompok lima terbaik sekali gus memberikan Eugene peluang untuk mencorak nama dalam LHM.

"Saya dah bagi (letak matlamat). Saya tidak mahu sasar terlalu jauh kerana (faktor) ini pasukan baru, lagipun suasana dan norma baru jadi tidak boleh terlalu memaksa.

"Saya beritahu Eugene harap tidak terlalu jauh atau dekat.

"Saya percaya mereka dapat berikan sesuatu," katanya Anil.

Sabah sebelum ini dikendalikan oleh I. Vickneswaran sebelum jurulatih itu mengumumkan peletakan jawatannya 14 Februari lalu untuk menumpukan fokus sebagai pemangku Presiden Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA).