LHM 2021: Maybank ambil khidmat Najmi

Oleh Ammar Hakim 2 Mac 2021 79
LHM 2021: Maybank ambil khidmat Najmi
Skuad Maybank dapat berita gembira dengan kehadiran pertahanan kebangsaan, Najmi Farizal Jazlan.

Najmi memainkan tugas penting selaku pertahanan utama Universiti Kuala Lumpur sejak 2016 selain membantu The Young Guns merangkul kejuaraan treble musim lalu.

"Saya memilih Maybank kerana mahu berhijrah dan sasaran saya memastikan pasukan berada di kelompok tiga terbaik," kata Najmi.

Skuad kendalian Azrul Afendi Bistaman itu memilih pendekatan kem kuarantin di mana semua pemain dikumpulkan di Bangi, Selangor.

Berita baik apabila semua pemain maybank negatif ujian swab Covid-19.

"Kehadiran Najmi memberikan impak besar kepada pasukan kerana pengalamannya dalam skuad kebangsaan akan membantu pasukan," kata kapten Maybank, Meor Azuan Hassan.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen