KHM terima tajaan RM1.5j daripada Puma

Oleh Bernama 10 Julai 2020 53
 KHM terima tajaan RM1.5j daripada Puma
Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menerima suntikan tajaan daripada pengeluar kasut dan pakaian sukan terkemuka, Puma, bernilai RM1.5 juta untuk tempoh tiga tahun mulai tahun depan.

Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal, berkata jenama Jerman itu akan menjadi pakaian rasmi skuad kebangsaan, khususnya ketika skuad lelaki sedang membuat persiapan bagi menghadapi Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia di Dhaka, Bangladesh, November ini.

 Walaupun tajaan tersebut bermula secara rasmi tahun depan tetapi Subahan berkata skuad The Malaysian Tigers itu dapat memakai jenama itu sebelum ke Dhaka.

 

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) hari ini berbesar hati mengumumkan Jenama Puma yang diwakili Active Sports tampil selaku...

Posted by Malaysian Hockey Confederation on Thursday, July 9, 2020


“Tajaan sebanyak RM500,000 setahun itu termasuk jersi, pakaian trek dan stokin untuk semua skuad negara manakala pemain mempunyai pilihan kasut dan kayu hoki masing-masing,”  katanya dalam sidang media selepas majlis pertukaran dokumen tajaan antara KHM dan Puma di Stadium Hoki Nasional di sini, hari ini.

Puma diwakili oleh Pengurus Active Sports Centre, S. Murugeson iaitu wakil tajaan dan hal ehwal korporat jenama itu di Malaysia.

Jersi baru skuad kebangsaan itu sedang dalam proses reka bentuk dan dijangka dilancarkan pada hujung Oktober ini.

Dalam perkembangan lain, Subahan berkata jurulatih baharu bagi skuad wanita negara akan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan KHM esok.

Beliau turut mengesahkan semua pemain negara yang mengambil ujian calitan COVID-19 awal minggu ini didapati negatif.

-- BERNAMA

 

Tentang Penulis

Bernama

Komen