KHM bakal umum pengganti Dharma

Oleh Ammar Hakim 30 Mei 2020 268
KHM bakal umum pengganti Dharma
Desas-desus hangat pengganti ketua jurulatih skuad hoki wanita kebangsaan, Muhammad Dharma Raj Abdullah, bakal berhenti apabila Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) memberikan jaminan akan mengumumkan jurulatih baru hujung bulan hadapan.

Sebelum ini, pengumuman Dharma untuk tidak terus mengemudi skuad wanita negara jelas mengejutkan beberapa pihak.

Bagaimanapun KHM telah mula menemu bual beberapa calon tempatan bagi posisi tersebut dan bakal memulakan temu bual video bersama calon antarabangsa awal Jun ini.

"Kami berharap bulan hadapan akan kami umumkan pengendali baru skuad wanita negara dan memulakan temuduga dengan secepat mungkin bagi mengenal pasti pengendali yang bersesuaian dengan pasukan," kata Timbalan Presiden KHM, Prof. Datuk Dr. S. Shamala.

Beliau turut berharap skuad hoki negara mampu bermula latihan secepat mungkin supaya mampu membuat persiapan terbaik untuk kejohanan November ini.

"Jika latihan dapat dimulakan dengan lebih cepat, ia amat bagus. Jika mengikut garis panduan yang ditetapkan, latihan dalam kalangan sembilan pemain dapat meningkatkan lagi prestasi persediaan pasukan."
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen