Ketua jurulatih skuad hoki negara, Roelant Oltmans, akur pasukannya tidak cukup bagus untuk menafikan Great Britain, sekali gus gagal layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas tewas 3-9 secara agregat.

Skuad negara menempah laluan berliku selepas tewas 1-4 dalam perlawanan pertama di Lee Valley Hockey & Tennis Centre malam kelmarin.

Justeru, The Malaysian Hockey Tigers memerlukan kemenangan besar dalam aksi kedua di venue sama.

Bagaimanapun, Malaysia tewas 5-2 lewat malam tadi untuk harapan menamatkan kemarau selama 20 tahun ke temasya terbesar dunia itu musnah serta-merta.

"Apa yang saya boleh kata, dua gol terakhir mereka itu tiba ketika kami sedang berusaha keras untuk menjadikan kedudukan 3-3.

"Cara kami memulakan permainan dan babak kedua tidak cukup bagus daripada aspek kualiti," katanya.