Kelayakan Olimpik 2020: Azrai Aizad mahu bukti bukan pelengkap skuad

Oleh Staff Writer 2 November 2019 124
Kelayakan Olimpik 2020: Azrai Aizad mahu bukti bukan pelengkap skuad
Penyerang skuad hoki negara, Azrai Aizad Abu Kamal, merupakan antara tujuh pemain yang bakal melakukan penampilan sulung dalam saingan play-off kelayakan Sukan Olimpik menentang Great Britain, awal pagi esok.

Tujuh pemain muda perlu membuktikan mereka layak menggalas tugas penting ini dan bukan sekadar melengkapkan senarai tatkala mereka mengetepikan beberapa pemain senior seperti Najmi Farizal Jazlan selain isu kecederaan melibatkan Firhan Ashaari, Mohd Haziq Shamsul dan Mohd Hairi Abdul Rahman.

Ada pihak yang mempertikaikan pemilihan 18 pemain negara, namun mereka berpeluang membalas kritikan itu dalam aksi di Pusat Tenis dan Hoki Lee Valley.

"Alhamdulillah, sekarang semakin serasi dengan rakan sepasukan dan padang. Saya ingin buktikan pemilihan ini bukan atas faktor pilih kasih," ujar Azrai Aizad.

"Saya hanya mahu membalas kepercayaan jurulatih dan rakan sepasukan, mahu tundukkan Great Britain dan teruskan kemaraan," tambah rakan sepasukannya, Syed Syafiq Syed Cholan.

Dalam kelompok itu, dua pemain belum mencapai 10 penampilan, iaitu penjaga gol, Zaimi Md Deris, dan penyerang, Firdaus Rosdi.

Senarai pemain muda dalam skuad kebangsaan:

1. Norsyafiq Sumantri - 58 penampilan (penyerang)
2. Azrai Aizad Abu Kamal - 24 penampilan (penyerang)
3. Joel Samuel Van Huizen - 93 penampilan (tengah)
4. Syed Syafiq Syed Cholan - 78 penampilan (pertahanan)
5. Zaimi Md Deris - 2 penampilan (penjaga gol)
6. Nik Aiman Nik Rozemi - 103 penampilan (tengah)
7. Firdaus Rosdi - 9 penampilan (penyerang)

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen