Izad tarik diri daripada skuad kebangsaan

Oleh Penulis Jemputan 3 Oktober 2018 1171
Izad tarik diri daripada skuad kebangsaan
Persiapan skuad hoki negara dalam memburu tiket Sukan Olimpik Tokyo 2020 terjejas apabila pertahanan, Izad Hakimi Jamaluddin, menarik diri ekoran kecederaan lutut dan masalah peribadi.

Izad sudah menghantar surat penarikan diri kepada Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) susulan kecederaan lutut yang dialami mengambil masa lama untuk pulih selain masalah peribadi.

Perkara itu disahkan Stephen Van Huizen selaku pengurus dan penolong jurulatih hoki negara.

"Semalam, dia sudah menghantar surat kepada KHM untuk menarik diri kerana masalah peribadi dan tidak dapat memberi sepenuh perhatian," kata Van Huizen.

"Izad adalah pemain yang sentiasa memberi komitmen penuh dan sedia untuk berjuang. Malangnya, setahun yang terakhir sangat sukar untuknya walaupun proses pemulihannya berjalan lancar.

"Kali ini, saya menghormati keputusannya."

Izad memainkan peranan penting di bahagian pertahanan sejak terpilih menyarung jersi The Malaysian Hockey Tigers pada 2013.

Pencapaian terbaik Izad adalah menyertai Piala Dunia 2014 dan pingat perak Piala Asia 2017.

Izad merupakan pemain kedua menarik diri tahun ini selepas pertahanan, Najmi Farizal Jazlan, Julai lalu.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen