India menempah tempat di separuh akhir kejohanan hoki Trofi Juara-Juara Asia 2016 selepas membelasah China 9-0 dalam perlawanan pusingan awal di Stadium Hoki Kuantan, malam ini.

Skuad bimbingan Roelant Oltmans itu membuka kempen dengan membenam Jepun 10-2, diikuti keputusan seri 1-1 dengan Korea Selatan, sebelum menewaskan juara bertahan Pakistan 3-2 dan China 9-0.

India akan melengkapkan jadual saingan pusingan awal carta enam pasukan itu malam esok, dengan berhadapan pasukan tuan rumah, Malaysia.

Dalam satu lagi perlawanan, Pakistan menewaskan Jepun 4-3, untuk berada di tangga ketiga kumpulan dengan enam mata.

Kredit photo: mynewshub